Saturday, April 17, 2010

SAYA SOKONG KEMPEN 'KAMI PERIHATIN'

Kempen ' KAMI PERIHATIN' anjuran Utusan Malaysia adalah bagi memupuk kesedaran kepada masyarakat untuk menghindarkan perbuatan membuang bayi yang kian melanda masyarakat negara kita hari ini.

Kempen ini mendapat sokongan daripada Kementerian pembangunan wanita dan keluarga , serta selebriti ternama tanah air.

Bersamalah kita mencegah perkara ini daripada berleluasa. sesungguhnya ANAK kurnian Allah kepada setiap umatnnya, yang perlu dijaga, disayang dan dicorakkan kehidupan mereka supaya menjadi khalifah di muka bumi ini.

Mereka juga perwaris generasi serta penyambung cita2 kita, setiap anak adalah rezki kurnian Ilahi..

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” [al-Israa' 17: 31]

“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)” [Al-Israa' 17: 33]

kalau korang nak tau,binatang pun x r sejahat kiter tau x!!

tengok jangan x tengok!!!!!!!

0 comments:

Post a Comment