Sunday, April 18, 2010

Jeritan Wanita....

Itu lah kuasa wanita...kalau menjerit kuat sikit jer mesti dah confirm boleh tarik perhatian orang laen..
Kalau lelaki menjerit,ader orang layan..haha

PULAU PINANG 18 April - Jeritan seorang pekerja syarikat perkhidmatan bas ekspres berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol dua lelaki di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 20 tahun seorang diri pergi ke tandas di tingkat satu bangunan tersebut.

Tanpa disedarinya, pergerakan mangsa dari pejabatnya di tingkat bawah telah diperhatikan oleh dua lelaki berusia 20-an.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, seorang suspek bersembunyi di dalam tandas lelaki manakala seorang lagi mengekori mangsa dari jauh.

Katanya, ketika insiden berlaku, keadaan di sekeliling gelap dan sunyi kerana kebanyakan pejabat telah ditutup.

"Sebaik sahaja mangsa memasuki tandas, suspek yang bersembunyi, menariknya ke dalam tandas lelaki dan cuba merogolnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Kong Meng, mangsa yang panik menjerit sekuat-kuat hatinya sehingga menarik perhatian orang awam di sekitar kawasan tersebut.

Katanya, orang awam kemudian mengejar dan berjaya menangkap suspek sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

"Namun seorang lagi rakannya dapat melepaskan diri... Kita percaya, suspek itu akan ditahan dalam masa terdekat.

"Suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut dan kini ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya.

Kong Meng berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau sebat atau kedua-duanya.





BAEK TIRU GAYE BUDAK NI MENJERIT..HAHA

0 comments:

Post a Comment